Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2026

When Curators Were Kings: Professional Autonomy Before the Corporate Institution

Comment on a youtube interview of Ahmad Paul Keeler, on Al Jazeera English Channel, entitled " How can The Islamic World Challenge Western Narratives about it? Posted Sep 14 2026 When Keeler was asked whether the World of Islam Festival of 1976 could be recreated today, his answer was striking: probably not. The obstacle, he suggested, would not primarily be money, technology or lack of interest. It would be the contemporary corporate culture of institutions. In the 1960s and 1970s, he recalled, professors, museum directors and curators possessed considerable authority (they were kings) within their respective institutions. If they recognised the intellectual or cultural value of a proposal, they could often decide to support it without submitting it to the extensive managerial processes that govern institutions today. Keeler knew this from experience. Conceived at the beginning of the 1970s, the World of Islam Festival eventually brought together museums, universities, scholars,...

Prinsip 1: Kemunculan Minda Moden

 Prinsip 1: Kemunculan Minda Moden Keretakan utama zaman moden tidak timbul daripada satu peristiwa atau ideologi tunggal. Sebaliknya, ia muncul secara beransur-ansur melalui tindakbalas salingkait antara gagasan falsafah, perkembangan sains, transformasi ekonomi, inovasi teknologi, institusi politik dan pembaharuan pendidikan. Secara bersama, transformasi transformasi ini melahirkan apa yang boleh disebut sebagai Minda Moden—suatu cara yang dominan dalam memahami, menyusun dan bertindak terhadap realiti. Walaupun pola pemikiran ini telah memungkinkan kemajuan luar biasa dalam sains, teknologi dan kemakmuran material, ia juga secara beransur-ansur telah menyebabkan keretakan pada insan dan pemahaman manusia melalui reduksionisme, fragmentasi dan pergantungan yang berlebihan pada bentuk-bentuk pengetahuan yang boleh diukur. Oleh itu, diagnosis terhadap keretakan ini memerlukan kajian falsafah dan juga pemahaman sejarah, kerana hanya dengan menelusuri bagaimana Minda Moden muncul, ki...

Prinsip 4: Turunnya Transendensi dari Takhta dan diganti dengan Nafsu

  Artikel ini merupakan syarahan untuk prinsip2 Desilo Yang dikemukakan Dalam Jaafar, M. F. Z. (2026). The Desilo principles 2.0: An epistemological framework for defragmenting the ruptured modern mind. Zaky Jaafar. Prinsip 4: Penurunan Takhta Transendensi dan Kenaikan Ego Dalam peradaban moden, penyingkiran transendensi [1] —ketuhanan, kerohanian dan metafizik—daripada paksi utama dalam pandangan hidup mewujudkan suatu kekosongan metafizik. Kekosongan ini tidak semestinya dengan sendirinya menghasilkan keburukan, Namun kekosongan akan pasti diisi oleh pelbagai kecenderungan dan sifat manusia. Namun, apabila nafsu yang tidak lagi dibimbing oleh rujukan transenden menguasai ruang tersebut, nafsu menjadi sumber utama pertimbangan, makna dan nilai, lalu mengambil alih kedudukan realiti transenden sebagai rujukan tertinggi bagi pemahaman dan tindakan manusia. Huraian: Manusia melihat dunia dan menjalani kehidupannya melalui suatu pandangan hidup. Pandangan hidup membentuk cara manu...

Prinsip Desilo 3: Ketaksuban Kepada Pembaraian (Fragmentasi/pembaraian)Prinsip

 Artikel ini merupakan syarahan untuk prinsip2 Desilo Yang dikemukakan Dalam Jaafar, M. F. Z. (2026). The Desilo principles 2.0: An epistemological framework for defragmenting the ruptured modern mind. Zaky Jaafar. Prinsip Desilo 3: Ketaksuban Kepada Pembaraian (Fragmentasi/pembaraian) Keupayaan untuk mengasingkan, menganalisis dan mempermudah fenomena merupakan suatu daya fikir manusia yang sah dan amat diperlukan untuk memahami dunia yang kompleks.[1] Ini boleh disimpulkan sebagai cara fikir analitik. Pembaraian atau fragmentasi hanya menjadi mudarat apabila cara analitik ini diangkat daripada suatu kaedah mengetahui kepada suatu pandangan alam dominan yang melaluinya realiti difahami, disusun dan ditadbir. Apabila hal ini berlaku, daya fikir alternatif untuk mengetahui dan mengintegrasikan realiti dipinggirkan[2], lalu mengurangkan kekayaan pemahaman manusia. Tiada satu pun daya berfikir manusia yang seharusnya secara mutlak menjadi pentafsir berdaulat terhadap realiti. Hikmah m...